jurnal rock manusia terpinggir

Khamis, 8 Julai 2010

tajuk : 28 Hari : Jurnal Rock N Roll





penulis : mohd jayzuan
penerbit : sang freud press
tahun terbit : dua ribu sepuluh


buku ini tiba baru pagi tadi. untuk lebih spesifik pukul sebelas lima minit pagi. terus saya sambut dari tangan makcik dan dengan sopan membukanya. sebelum itu, tentu saja saya harus berdepan dengan jenderal mama, yang ingin tahu, apa benda yang bersarang dalam sampul besar warna cokelat itu. rupanya buku. kecil saja saiznya. seperti kertas a4 yang dilipat empat. tapi cantik. kulit depannya jenis berkualiti. kertas isinya macam kertas surat khabar. tapi okelah. sebelum - sebelum ini, saya bayangkan dalam minda, buku ini saiznya macam buku lain, separuh a4. tidak rupanya. terus disergah rasa kagum. oke. mula membaca.

kerusi empuk jadi sasaran. tivi yang terbuka tidak terlayan. terus disedut dalam dunia ; bak kata fathullah si penulis prakata Lelaki Pop ini. bahasa buku ini mudah. tetapi tidaklah meniru bulat - bulat gaya percakapan bahasa melayu pasar kita. masih ada rasa ke'skema'an di situ. tapi masih selesa. sangat selesa malah.

buku ini adalah tentang pengembaraan penulisnya, yang pusing keliling satu semenajung malaysia selama 28 hari. kerana itulah tajuknya ada nombor 28. kan?

oke. membaca buku ini saya kira menghiburkan. menyeronokkan. lagi - lagi dengan gaya bahasa penulisnya. ditambah lagi dengan sense of humor yang dimilikinya. juga kejujuran yang dia palitkan di setiap bab dalam buku. dia jujur tentang perasaannya. dia jujur tentang kondisinya. sebab itu, kita bisa terhibur.

tetapi pada saya, masih ada rahsia yang disimpan. yang penulis tak mahu pembacanya tahu. tak apalah. saya bukan membeli diari seorang lelaki haru. tak apa. dimaafkan.

jika tujuan kita membeli buku ini untuk mengetahui tentang susur galur muzik independen di Malaysia dari kaca mata seorang pemuzik independen. maaflah. anda sudah silap beli buku. memang dalam buku ini, ada tercatat sedikit tentang rakan - rakan muziknya. contoh Tok Arie di Terengganu ( Trengs ), seorang mat punk yang sudah sebati dan diterima oleh masyarakatnya, walaupun imejnya punk tegar  (mohawk, jaket ) . tapi setakat situ saja. tidak lebih, tidak kurang. ada juga terpalit sedikit kisah dulu - dulu. tentang asal - usul muzik independen di Trengs, suasana grunge di Kuantan yang mampu buatkan Curt Cobain terkejut dan +++ . tapi, macam saya cakap tadi, di situ saja hadnya. penulis tak ada niat pun nak gali lagi dalam. .

sebab ini adalah jurnal tentang dirinya. tentang perasaannya. tentang hidupnya. tentang kisah cintanya yang sudah ditoreh oleh kesekian makwe - makwe yang dia panggil bekas kekasih. membaca buku ini, kita tahu, seorang mat rock perasan tegar pun boleh jadi jiwang bebeh!

di takah pembacaan ini, mungkin anda tidak jadi ke bank untuk depositkan duit ke bank penerbit untuk membeli buku ini, sebab anda pikir buku ini adalah buku jiwang yang gunakan nama mat rock. anda salah!

penulis buku ini, sebenarnya sedang membawa pembaca menelusuri hidup sebagai seorang mat rock yang jiwanya kesepian. kita sedang belajar menilai kehidupan dari sudut pandangan seorang pemuzik independen. yang kita pikir, hidupnya dipenuhi kegembiraan segala. kita belajar bahawa semua orang adalah sama. punya perasaan dan punya jiwa.

kita juga belajar tentang makna kehidupan.

tapi satu pengajaran paling menarik adalah kita harus berani untuk keluar dari kepompong keselesaan kita dan redah keluar untuk mencari siapa kita sebenarnya walau apa pun orang kata!

mohd jayzuan, lu dah buat gua jeles!!